Love is Cinta

anithe-rosesmk2006333222222.gifJika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu
mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun
mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun
mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-
kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus
mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan
kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan
semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh
menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita
menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala
kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa
duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu
seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya
pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah
kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih
sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang
menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan
siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya
kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah
sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu
terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu – Raja
Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat
menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu
disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan
di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan
kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya
alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya
hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti
ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam
bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan
alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak
ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang
gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya
mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak
berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat
melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian… dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai
cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang
mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi
pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi
dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila
sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan
dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia
dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk
dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi
mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta
itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan
fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun
cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa
menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur
dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya
jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika
hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi
pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta
kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita
maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting
padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih
penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau
sedari bahawa kaulah nyawaku itu.
Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini…

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua
seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan
kejayaan.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan
cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta
bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang
dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi
sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang
cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak
dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu
melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi
diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara
bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi
antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada
bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta
dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona
bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru,
cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup
setia jiwa.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari
cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan
dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah
cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat
cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya
cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

“Aku mencintaimu” , sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada
kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan
kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka,
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari
kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya
belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada
suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa
latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata
jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya
jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan
dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan
bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya
itu?

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak
akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi
penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan
rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan
bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah
rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi
mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia
akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah
sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah
kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan
bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-
lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya
lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan
tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi
pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di
awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini
diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka
maraklah ia.

Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita
dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah
dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu
cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul
dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih
tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta
seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu
bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata
untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di
dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang
yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di
mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh
seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih
sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya
membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah
menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi
kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni
hidup kamu

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah
lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah
pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat
mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu,
baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah
dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan
membawa pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan
rindu.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan
pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di
lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk
mempelajarinya di mana pun.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun
getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus
mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal
terbodoh tanpa sedari.

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan
matahari -Aswir

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali
berakhir dengan air mata.

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan
perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu
menjadi istana emas

Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan
langit di atas bumi -Pujangga Barat

Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta
memandang enteng akan kematian

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah
atas dasar cinta -Muttanabi

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -
Peribahasa Mexico

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang
lebih ngeri dari putus cinta

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar
basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah
cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat
tidak bertemu.

Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya
gemuk -Pepatah Belanda

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah
Greek

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih
yang terlontar daripada rasa cintanya.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia
akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah
pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi
itu berada di atas kepala orang lain.

1 Comment(s)

  1. x de panjang bejela lg D? baru line tengah napas dh sempot………… tggu ahchom plak baca…….. kalu ahchom bukan takan sempot, putus napas trus… kah kah kah kah


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment